Sunday, 8 October 2017

PEERS ( 9/10/2017)

9 OKTOBER 2017, ISNIN, ALHAMDULLILAH SELESAI JUGA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DI PRASEKOLAH

Program ini dilaksanakan selama 4 jam di prasekolah . Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat. Di samping itu juga ia memberikan pendedahan tentang angota seksual yang wajib diketahui oleh murid-murid.
















































Tuesday, 20 June 2017

Salam Ramadhan dan Salam Aidil Fitri



Sesi Fotografi bersama Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Samak.

Diharapkan semoga ramadhan dan aidil fitri tahun ini lebih bermakna dan semoga ikatan silaturahim antara kita dikekalkan.

Penubuhan Blog Wartawan Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Samak

1.0          Pendahuluan
Murid-murid perlu membuat penerokaan  untuk memperolehi pelbagai pengalaman yang berharga secara ”Hands-on” . Penerokaan murid-murid melibatkan aktivti dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam  atau di luar bilik darjah. Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai penggunaan media di dalam kehidupan untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam. Media dibahagikan kepada media elektronik dan juga media cetak. Kerjaya sebagai wartawan merupa satu bidang perantaraan untuk menyalurkan maklumat menggunakan media.
Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam memberi maklumat perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah untuk melahirkan genarasi yang celik teknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid-murid untuk berinteraksi dan membuat laporan mengenai aktiviti yang dilaksanakan di dalam mahupun di luar sekolah. Justeru itu, Blog Wartawan Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Samak” dilakukan bagi mencapai hasrat di atas.

2.0       Rasional
“Blog Wartawan Muda” ini harus dilaksanakan bagi membolehkan murid mengetahui dan mengaplikasi ilmu berkaitan media sosial. Di samping itu, rasional Blog Wartawan Muda ini adalah untuk memupuk kerjasama antara guru pembimbing dengan murid-murid. Namun yang lebih penting ialah murid dibimbing supaya sentiasa mengamalkan sikap peka terhadap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu, murid juga akan didedahkan tentang etika sebagai seorang wartawan.

3.0       Matlamat
Blog Wartawan Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Smaka adalah bermatlamat untuk meningkatkan penyertaan dan pencapaian murid dalam mempelajari kemahiran asas wartawan di sekolah dan menyalurkan segala maklumat yang diperolehi melalui blog untuk paparan umum. Malahan, melalui penubuhan blog wartawan muda ini, ia merupakan medium yang betul untuk murid memperolehi maklumat dan menyalurkan maklumat dengan cara yang betul dan mencapai konsep pembelajaran abad 21.

4.0       Objektif
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:
4.1   Mendedahkan murid tentang kegunaan blog wartawan bagi menyampaikan maklumat kepada orang awam.
4.2  Memberikan pengetahuan kepada murid berkaitan teknik-teknik asas dalam bidang wartawan seperti membuat laporan, mengambil gambar atau video dan berinteraksi dengan orang awam.

4.3  Menanam nilai kepekaan dalam ahli wartawan muda mengenai isu-isu yang berlaku di sekeliling.

PEERS ( 9/10/2017)

9 OKTOBER 2017, ISNIN, ALHAMDULLILAH SELESAI JUGA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DI PRASEKOLAH Program ini d...