1.0
Pendahuluan
Murid-murid perlu
membuat penerokaan untuk memperolehi
pelbagai pengalaman yang berharga secara ”Hands-on”
. Penerokaan murid-murid melibatkan aktivti dalam pengajaran dan pembelajaran
sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah. Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan
mengenai penggunaan media di dalam kehidupan untuk menyampaikan maklumat kepada
orang awam. Media dibahagikan kepada media elektronik dan juga media cetak.
Kerjaya sebagai wartawan merupa satu bidang perantaraan untuk menyalurkan
maklumat menggunakan media.
Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam memberi maklumat perlu dikuasai
oleh murid-murid sekolah rendah untuk melahirkan genarasi yang celik teknologi.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid-murid
untuk berinteraksi dan membuat laporan mengenai aktiviti yang dilaksanakan di
dalam mahupun di luar sekolah. Justeru itu, “Blog
Wartawan Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Samak” dilakukan bagi mencapai
hasrat di atas.
2.0 Rasional
“Blog Wartawan Muda” ini harus dilaksanakan bagi
membolehkan murid mengetahui dan mengaplikasi ilmu berkaitan media sosial. Di
samping itu, rasional Blog Wartawan Muda ini adalah untuk memupuk kerjasama
antara guru pembimbing dengan murid-murid. Namun yang lebih penting ialah murid
dibimbing supaya sentiasa mengamalkan sikap peka terhadap aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah. Selain itu, murid juga akan didedahkan tentang etika
sebagai seorang wartawan.
3.0 Matlamat
Blog
Wartawan Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Smaka adalah bermatlamat untuk
meningkatkan penyertaan dan pencapaian murid dalam mempelajari kemahiran asas
wartawan di sekolah dan menyalurkan segala maklumat yang diperolehi melalui
blog untuk paparan umum. Malahan, melalui penubuhan blog wartawan muda ini, ia
merupakan medium yang betul untuk murid memperolehi maklumat dan menyalurkan
maklumat dengan cara yang betul dan mencapai konsep pembelajaran abad 21.
4.0 Objektif
Program ini dilaksanakan
bertujuan untuk:
4.1
Mendedahkan murid tentang kegunaan blog wartawan bagi menyampaikan
maklumat kepada orang awam.
4.2 Memberikan pengetahuan
kepada murid berkaitan teknik-teknik asas dalam bidang wartawan seperti membuat
laporan, mengambil gambar atau video dan berinteraksi dengan orang awam.
4.3
Menanam nilai kepekaan dalam ahli wartawan muda mengenai isu-isu yang
berlaku di sekeliling.
No comments:
Post a Comment